Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada pembaca blog According to Buck yang beragama Islam.
Hope your Ramadan this year has been great.
Bila cakap pasal Ramadan Buck mesti teringatkan memori-memori berpuasa masa jaman kanak kanak ribena dan jaman remaja durjana.
Buck ni masa zaman zaman tu nak bangun sahur punya lah susah.
Nenek atau mak nak kene kejut cara extreme seperti memukul kaki dengan penyapu dan tarik bantal pun ade.
Mintak masak itu ini masa sahur tapi bila tiba waktunya seribu alasan diberi taknak bangun.
Memang hinggaplah batang penyapu gandum kat kaki kan. Haha
Pastu masa darjah lima rajin bangun sahur sebab nak pergi surau semayang subuh dan diikuti aktiviti main mercun sehingga tengah hari kalau weekends.
Satu pagi sabtu selepas sahur buck and kawan kawan lain pergi subuh kat surau.
So pas masing2 dah kenyang pergi lah berkumpul kat surau dan sembahyang.
Masa sembahyang buck duduk sebelah kiri kawan nama Bush.. yes bush ya namanya kitorang panggil. Nama sebenar abu ape tah.
Masa rakaat terakhir hati dah tak sabar nak habis sembahyang sebab banyak mercun nak diletupkan ni.
So dah sampai tahyat akhir dan beri salam.
Beri salam kanan... beri salam kiri.. masa si bush ni kasi salam kiri dia terus mengeluarkan makanan makanan yang dia lahap masa sahur.
Ya... dia muntah kat aku masa beri salam tu ya!!!
Dia muntah tu macam terkeluar suma isi perut dia. Macam pili bomba tau tak
Habes badan dan muka buck kena muntah si bush.
Pas muntah dia boleh gelak pastu suma sekali termasuk imam gelak.
Funny ke??? Hampeh buck dah la geli benda alah cmni.
Dah semua orang gelak buck pun join la gelak... haha
Buck ckp ngan si Bush.. tu la ko makan ke melahap masa sahur. Busuk kau tau !
Adeihhh tu salah satu kenangan lucu Ramadan yang tak kan buck lupakan.
Walaupun kene muntah aktiviti ronda satu taman perumahan dan taman sebelah sambil letupkan mercun depan rumah orang then lari tetap diteruskan ya.
Tapi sejak tu takde lah aku nak duduk sebelah si Bush kat surau. Insaf 46 tahun!