Sunday, March 30, 2014

Hello!

Hello hi. Pe khabar pa cita.

Selamat berhujung minggu. Korang tengah buat apa tu? Ha Buck tau korang tengah baca entey ni kan??? Lol hambar tak?  Hashtag krikkrik hashtag ekeleh

Projek metro dah habes jom tengok projek baru Buck.

ni teaser pada yang tak tahu lagi apa projek terbaru Buck.

Wednesday, November 20, 2013

PROJEK METRO???

IHi semua. Happy school holiday pada adik adik yang masih bersekolah dan selamat berhabes duit pada ibu bapa dan kakak abang yng ade makhluk yang sedang bercuti sekolah sebelah dorang. Yelah cuti sekolah ni lah pupil2 ni mengganas minta bercuti dn macam macam.lagi. ha.. mcm mana Buck tau? Well... I was a student too not so long ago... hehe
Eh nak tanya sikit korang tau atau pernah dengar pasal Projek Metro tak?
Ala reality tv show baru kat Tv3 tu... yang mencari personaliti tv berbakat serba boleh... boleh mengacara boleh menulis dan boleh jadi penyampai radio... senang kata semualah boleh. Sebab Malaysia Boleh... tiber...
Ha dan korang tau tak dalam 9 orang finalis yang dipilih daripada 500 peserta ujibakat, ade sorang peserta tu nama dia Basyar. Yang hitam-hitam manis tu. Dia ni nak kata kacak tak lah kacak nak kata hansem tu boleh tahan jugak hensem... sekali pandang macam Zac Afron dua kali pandang macm Rajnikanth atau seangkatan. kuikuikui...
Ha brader ni saya la.. Mr Buck. Aha ya saya. Sedarlah anda tidak bermimpi...
Jadi wahai umat manusia sekalian... di sini saya ingin menyeru kamu sekalian meng-switch on your tv setiap hari Ahad pada pukul 10.30malam. Lihatlah kami finalis bersaing mesra dan tataplah wajahku dan jadikanlah ia pujaan hatimu. K over. maaf.
Mungkin ade yg dah tau Projek Metro ni di hostkan oleh salah seorang wanita happening dalam Malaysia ni Farah Fauzana dan dijurikan oleh pelakon berbakat dn hot mama Fasha Sanda dan ketua editor hiburan Harian Metro Roslen.
Show ni adalah kerjasama Harian Metro, TV3 dan Hotfm juga Tonton.com.my
Jadi... tengoklah ok dan bagi la komen2 membina di laman2 web shoshial... jangan lupa hashtag #projekmetro kalau tweet sokongan utk Buck ok...

Wednesday, July 31, 2013

Memori berpuasa

Selamat menjalani ibadah berpuasa kepada pembaca blog According to Buck yang beragama Islam.

Hope your Ramadan this year has been great.

Bila cakap pasal Ramadan Buck mesti teringatkan memori-memori berpuasa masa jaman kanak kanak ribena dan jaman remaja durjana.

Buck ni masa zaman zaman tu nak bangun sahur punya lah susah.

Nenek atau mak nak kene kejut cara extreme seperti memukul kaki dengan penyapu dan tarik bantal pun ade.

Mintak masak itu ini masa sahur tapi bila tiba waktunya seribu alasan diberi taknak bangun.

Memang hinggaplah batang penyapu gandum kat kaki kan. Haha

Pastu masa darjah lima rajin bangun sahur sebab nak pergi surau semayang subuh dan diikuti aktiviti main mercun sehingga tengah hari kalau weekends.

Satu pagi sabtu selepas sahur buck and kawan kawan lain pergi subuh kat surau.

So pas masing2 dah kenyang pergi lah berkumpul kat surau dan sembahyang.

Masa sembahyang buck duduk sebelah kiri kawan nama Bush.. yes bush ya namanya kitorang panggil. Nama sebenar abu ape tah.

Masa rakaat terakhir hati dah tak sabar nak habis sembahyang sebab banyak mercun nak diletupkan ni.

So dah sampai tahyat akhir dan beri salam.

Beri salam kanan... beri salam kiri.. masa si bush ni kasi salam kiri dia terus mengeluarkan makanan makanan yang dia lahap masa sahur.

Ya... dia muntah kat aku masa beri salam tu ya!!!

Dia muntah tu macam terkeluar suma isi perut dia. Macam pili bomba tau tak

Habes badan dan muka buck kena muntah si bush.

Pas muntah dia boleh gelak pastu suma sekali termasuk imam gelak.

Funny ke??? Hampeh buck dah la geli benda alah cmni.

Dah semua orang gelak buck pun join la gelak... haha

Buck ckp ngan si Bush.. tu la ko makan ke melahap masa sahur. Busuk kau tau !

Adeihhh tu salah satu kenangan lucu Ramadan yang tak kan buck lupakan.

Walaupun kene muntah aktiviti ronda satu taman perumahan dan taman sebelah sambil letupkan mercun depan rumah orang then lari tetap diteruskan ya.

Tapi sejak tu takde lah aku nak duduk sebelah si Bush kat surau. Insaf 46 tahun!

Monday, April 1, 2013

What's next?

Baru 2 atau 3 tahun lepas orang dok sibuk dengan facebook.

Pastu twitter muncul diorang pun heboh dengan twitter. Walaupun bukan semua yg ade facebook buat account twitter tapi rasanya hampir separuh umat facebook macam dah cakap sayonara kat facebook sejak mula meroyan kat twitter.

Meroyan satu hal. Kes too much infomation (tmi) pun satu hal gak.

Makan cendol nak tweet, tengok kakton nak tweet (percayalah kakton), nak pegi berak pun dorang nak tweet kan?

Ha dah kenapa senyum senyum are you one of those people? Kantoi disitu.

Tak puas lagi meroyan kat twitter muncul plak Instagram.

Instagram pun penuh dengan social media junkies ni... Haaa kemain la memasing pos memacam gambar.

Gambar kaki gambar sambal belacan gambar pokok gambar kahwin mak diorang pun diorang post. Over naa tau.

Dahhh diorang kurang meroyan kat twitter. Twitter pun ala ala aman... sikit sebab bukan diorang tak meroyan lagi... Tapi sebab dah diorang meroyan kat instagram.

Ya memang pics tak meroyan rapi tu caption diorang tu... Kemain lah meruntun jiwa... Belomnkira instaword instaword dorang lagi.

Mana mana pun nak meroyan ek...

Ni dah keek pulak muncul... Ha nanti dapat la kita tengok video gugurls nyanyi sambil nangis nangis ala ala cila amjah.. "tuhan tolong... Sobs.. Sobs..."