Sunday, April 24, 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa

Hari ni aku duk umah je. Dah hujung bulan kan, so wallet pun semakin menipis, duduk rumah diam-diam je la. hehe. Ya, aku pokai. Aku bukan anak Tan Sri.

Dah nak duduk rumah je arini, pastu layan TV je la. Tangan menekan-nekan remote TV mencari rancangan yang nak dilayankan. Tertengok plak ade seorang penyanyi dolu2 nyanyi lagu Tiada Kata Secantik Bahasa. Perhati punya perhati, rupanya penyanyi tu sebenarnya Saloma. Ya, Saloma isteri P Ramlee tu. Korang kenal tak? haisshh, tu la budak-budak muda sekarang tak kenal legend dulu-dulu. Damn, I sound like an uncle.

Best lagu ni. Lagu ni sekarang dinyanyikan semula oleh MonoloQue. Alah, yang dulu vocalist Butterfingers tu, dia kan da ade kumpulan baru. MonoloQue la namanya.

Sebelum ni memang suka layan lagu ni. Baru aku tau, ini rupanya lagu Saloma. Kedua-dua versi sedap. Lepas abis nenek Saloma nyanyi kat TV, aku pantas bukak Youtube nak layan lagu ni lagi dari Monoloque lak.


Ni lah lagunya versi baru dari MonoloQue




Aku suka lirik dan melodi lagu nih. MonoloQue has done a justice in recording and singing this song again. Congrats.

An Interview with MonoloQue

Speaking of MonoloQue, aku pernah interview band ni dalam salah satu assignment aku bersama paper mStar. MonoloQue dan Altimet yang rapper tu aku interview pasal dorang nak pergi wat gig kat United Kingdom dan Ireland.

Ni ha keratan artikelnya

Kalo korang nak baca laporan penuh dari aku, silalah klik SINI

Adoi, kan dah kantoi nama sebenar aku. Ciss..  hurrmm takpelah, asalkan dapat share ngan korang.

Berbalik pada lagu Tiada Kata Secantik Bahasa dan Monoloque, dia ni sempoi gila. Sangat low profile dan berbakat besar. Masa sidang akhbar pasal mini concert tu, Monoloque performed live beb lagu nih, Memang best dia performed lagu ni secara live dan mulai haritu, aku memang minat ngan bakat Monoloque dan lagu ni sekali.

Tapi pas dia dah perform tu baru la aku interview dia kan. Time tu dia dah berpeluh-peluh dah, haha nasib si Monolque ni tak berbau. Haha nasib-nasib. Kalau tak ceritanya dah jadi lain plak, cita pasal artis berkumpulan berbau. Nasib tak berbau ko bro.

Tapi yang tak sedap tu, pas aku wat story and dah published, ade je pihak-pihak yang suka hati kepala dorang nak copy cerita and pics aku tu sekali untuk dorang letak kat dorang punya blog dan website. Panas plak hati aku nengok kan. Hoi! ade copyright la! Ada plak blogger yang blog dia popular pasal gossips dan hiburan ni suka-suka hati copy cita aku pasal gig ni pastu story kredit untuk website company aku kerja ni pun langsung takdak. Itu ke cara kau wat sampai blog kau tu popular gila weyh? Agak-agak la.  Tunggu je la kau nanti.



Cis malas emo, jom layan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa ni. Menenangkan dan leh dapat good mood sikit kan. Pastu sambil teringat-ingat seseorang. Cewah. Until the next entry guys....

16 comments:

NUR SHAZWANI said...

best lagu tuh. suka suka ^^

Buck Syah said...

nur shazwani: suka? betol suka? jom nyanyi sama2 haha

laskar pelangi said...

memang best lagu tu :)
dengar banyak kali tak bosan weih

NisaAdnan said...

lenggok dia yg superbbb tuu ^^
best banget!

hani_orangegurl said...

best jugak.

p/s: mr buck dah sihat ye. bagus la. nnt kalau demam lagi, ingat 'a cik epal a day, keeps the doctors away' peace!

Buck Syah said...

laskarpelangi: kan? banyak kali dah dengar

nisa adnan: yes u r right..tu yg syok dengar

haniorangegurl: hehe thanks dear for ur concerns.. betol tu haha

~tRah~ said...

hmmm...x prnh dgr la lagu nie...hihi....^^

[k]o{q}i[n] said...

best lagu ni.. x gitu encik Muhd Basyar...?? Huhu..

Buck Syah said...

trah: sedap tak?

koqin: muahaha mmg best...ssshh...

~tRah~ said...

blh thn...hehe...^^

khairiyah said...

hai incik basyar ;D ..ngeee. :P

penah jumpe loque ni mase kat jom heboh. yup sore die sedap ^^

akuiwana said...

sila take note mrbuck.si cantik awk nk handmade card ;p

hidayahjamal said...

tringt sapa, ce la tu eh..ni ehem ce gak la an, take care :)

nur shazwani said...

encik buck : jom jom. lalalala~ hanya itu yg kite mampu. haha.

::FAIZ FARISH:: said...

Saloma suara mantap... dulu2 la

[k]o{q}i[n] said...

blog buck kne skodeng kt sini;

http://exsamsed.blogspot.com/2011/04/jom-skodeng-blogger-lain.html

Post a Comment