Thursday, July 14, 2011

Penulis Blog Suka Tipu Untuk Dapatkan Duit Pastu Pembaca Dapat Ape?

Hari ni mood berita, meh tengok dan baca berita terbaru yang membuka mata banyak pihak ni.

SEOUL: Suruhanjaya Perdagangan Saksama Korea Selatan (FTC) bertindak campur tangan dalam mengatasi isu penulis-penulis blog yang mendapat habuan dengan membuat ulasan tidak jujur tentang sesuatu produk, demikian menurut sumber rasmi, Khamis.

Badan itu pada minggu ini meminda peraturan supaya syarikat dan penulis blog memberitahu sama ada bayaran atau sebarang pemberian hadiah dibuat dalam memberi ulasan yang baik tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.

Jika gagal berbuat demikian, penulis blog dan syarikat produk yang diberi ulasan akan dikenakan tindakan.

Peraturan itu juga dikenakan terhadap ulasan produk di laman sosial Twitter dan Facebook.

"Langkah ini diambil untuk mengatasi masalah di mana penulis blog memperdaya pengguna dengan menyembunyikan perjanjian mereka dengan syarikat dalam memberi ulasan yang bagus namun tidak jujur untuk mendapatkan jualan," beritahu pengarah badan itu kepada pemberita.

Penulis blog yang kononya berpengaruh di Korea Selatan dikatakan memberi promosi kepada sesetengah produk untuk mendapatkan komisyen atau hadiah percuma untuk diri mereka sendiri.

Dalam satu kes yang mencetuskan kemarahan orang awam baru-baru ini, seorang penulis blog yang juga seorang suri rumah dilaporkan mendapat komisyen ratusan ringgit dengan membuat ulasan baik dalam usaha membantu sebuah syarikat menjual produk perkakasan dapur yang mempunyai amaran agensi piawaian kerajaan.

"Pengguna internet berasa tertipu dengan penulis blog yang memperdaya mereka untuk mendapatakan wang dengan bersekongkol dengan syarikat menjual barang," komen seorang pengulas dalam akhbar Kookmin Ilbo.

Sesetengah penulis blog dan syarikat pengiklanan bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap usaha badan itu, demikian menurut akhbar JoongAng Daily.

"Persoalannya, bagaimanakah badan itu akan menyekat ribuan blog yang ada di alam siber?" kata seorang penulis blog Kim Seon-Jin.

"Terlalu banyak blog yang harus diawasi FTC dengan banyak blog baru yang dihasilkan setiap hari," katanya. -AFP


Kerajaan Malaysia bila lagi?

p/s: saya tak tulis blog untuk dapat duit banyak-banyak dengan tipu pembaca saya melalui review products yang TAK PENTING. Saya ade wet sendiri kooottt

Until the next entry

13 comments:

[k]o{q}i[n] said...

betul tu...annoying gile...

Adam Idris said...

mesti blog berwarna merah akan terasa kalau baca ni,
haha

isma said...

alah.. nak untung.. macam tu la...

Hadiran Nibum said...

setuju dgn buck. hehehe

My Name is Mar said...

Adam Idris..
blog berwarna merah...
Ngeh3...
Tak galat tul lah...
Hahahaha:D
Wa tau sape!

::FAIZ:: said...

nak cpt kaya la tu

khadijah said...

haha.. saye tulis pasal diri sendiri.. tak ade kene mngene dgn org lain..haha

Izz Latif said...

~urm~
samtimes xperlu salahkan blogger tu sendiri...
dia kena engage ngan certain brands, dibayar utk tulis review through guide line or brief...
some more, mana ada brands yg ceritakan kelemahan dia? semua cerita faedah masing2 kan...

tapi kalau blogger tu tulis ikut suka hati semata2 nak attract sponsors n not base on his/her experience on da product then itu xelok lah kan....

(^^)

Nurul Yusra (Cik NY) said...

org nak untung mmg mcm tu.... stuju 100%..... nak igtkan....buck tu retisss.... hati2 ble menulis.... jgn salah tulis pasal produk sudah .... truk plak nanti....

Whitey Mommy said...

akk like like like entry ni...hehehe
itu product review...
ada yang bijak pandai..siap tipu keyword la...
untuk tarik visitor daripada google...
tak tahu la apa yang nak dicari dengan traffic...
yang penting memang purpose untuk duit...
huhu...cara yang
tak sihat tak sihat...

Buck Syah said...

koqin: semak kan...?


adam idirs: blog warna merah blog apa? kenapa dia nak terasa?dia tipu orang ke? mana2? tengok..

isma: adakah dengan memperdaya orang?

nadirah: kena setuju dengan pihak brkuasa korea gak haha

my name is ma: lu tau sapa blog warna merah? sapa? i have no idea ape korang ckp

faiz: nanti bila dorang dah kaya boleh kita makan dorang dengan roti?

khadijah: as long as jgn perdaya orang ok?

tak salah brand ape2 pun nak ceritakan kelebihan dia. maksud entry ni, jangan perdaya orang untuk keuntungan diri sendiri yang tak berkekalan..

cik Ny: Cik NY tak habes2 nak ckp sy restiss haha takmo la jd artis... dunia sementara ja tu.. sy tak dibayar untuk menulis produk yg sy tak tau pun ape kejadahnya..haha

whiteymommy: like ya? haha betol ckp akak.. mcm2 orang orang buat sbb nak glamer, tumpang glamer, dan kemudian dapat duit duit dgn cara memperdaya. mcm akak lain la kan, cara duit dengan hasil usaha dan kreativiti sendiri. respect akak

Faiz said...

standard la blogger wt iklan der..mcm tv la..its better using brand than using a human..blog yg ada iklan tu sbb org taja..blog die mmg ada seni..blog yg bagus sbb hasil karya seni nya bagus..bkn menggunakan 'bloger femes' utk naik kan rating semata der..nak naik..kena ada hasil usaha sniri..mcm tu la blogger yg dihormati..kne bnyk blaja lg..blaja apa itu blog..chaloooo~~

Buck Syah said...

Gegitar: first of all, Sila pakai identity sendiri. Waahhh ditaja?so some people can deceive others just because they are being " sponsored". That is blog? That what a blog should be? Deceiving people? Creativity? Which part? Where and when? I don't get it what u r saying. And I believe that u didn't get what I'm saying as well... Please read the news carefully and thoroughly...

Post a Comment