Friday, August 5, 2011

Ramadan Terakhir?

Salam Ramadan semua...
Puasa tak hari ni? Harap-harap puasa la eh, kasi rehat perut yang dah berbulan kerja menghadam berjuta kilo makanan tu. haha, kalo perempuan tak puasa faham la jugak, kalo brader brader kat luar tu tak puasa, ape alasan?

Bulan puasa ni seronok kan? hati dan jiwa rasa tenang, lebih rasa sabar dan nafsu tu tak meluak sangat. Sekeliling tu rasa aman je. Itu yang Buck rasa la, korang mungkin rasa lagi best, sebab *muka adaaa senyuuummm.. (tiba-tiba).
Korang tengok tv tak? Buck bulan puasa ni lepas semayang tarawih duk depan TV , dan tertengok cerita  drama yang agak best dekat TV3.


Penah tengok cerita Ramadan Terakhir? mesti pernah kan? hehe Aku ni walaupun jarang layan cerita melayu (statement poyo), tapi kalo dah tertengok dan suka, aku layan habes.haha


Ramadhan terkahir ni bagi aku agak best walaupun jalan cerita cliche sikit. Mungkin sebab setting yang moden dan muka pelakon banyak yang baru, so nampak fresh cerita ni.

Cerita ni sedih ada, menginsafkan pon ada, lawak pon ade. Sedih time ade drama si anak pompuan yang cun tu carik nanny dia suma dan bila Tasha Shilla Razak (main petik nama) feeling. Yang lawak tu time si mak lakonan Fazlina Ahmad Daud (sedara mara Ogy nih) nyanyi lagu para belia seperti lagu lady gaga. geli ketiak aku tengok...haha

Ni poster cerita Ramadan Terakhir.


Tapi yang bertambah enak cerita ni sampai aku nak telan TV adalah sebab lagu OST dia , Jangan Lupa Namaku oleh kumpulan Pompa Besin sangat layan. Ape la nama pelik pompa besin... kumpulan Indon kot ni. An if I'm not mistaken, pompa besin means petrol pump... maybe. They sound alike. Anyway, this is the OST...layan.




So, sedap tak lagunya? sedap hingga menjilat gegendang telinga tak? Sampai aku ada terfikir, aku sebenarnya suka layan cerita ni ke suka lagu dia? haha Rasanya dua gabungan yang mantap la. Maybe I can say that the song gave a soul to the series.


Apepun, good job to the the series team, you have done a good work. We can see, the local production is getting there, getting there...

ps: Alamak, tajuk seriau. harap-harap ni bukan Ramadan terakhir aku. amiiinnn

11 comments:

Eyda Syahida said...

lagu tu sumpah best gile.. ^^

ishiko said...

lama tak tengok tv..
balik rumah baru la nampak tv... kt kampus, jgn harap.. ^^

Cik NY said...

memang best kan citer tu.... Cik NY minat sgt2 tengok cter tu..... memang terbaik lah cter ni..... lagu dia mmg sedap...... p/s selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak buck .... hargai ramadhan kali ni dengan beribadah lebih dari tahun sebelumnye seperti ini ramadhan terakhir buat kita.... itu adlah yang terbaik...

nabila azmi said...

hi2..slm ramadhan =)

wannurfazrini said...

Fazlina Ahmad Daud adik Ogy lahhh. name bapak pun sama !

misz beauty said...

cite best! aah mak dia tu kelakar!

Firdnurjue said...

suka gak layan cite nie..besh3..hahaha

maryam_azis said...

lagu dy superb ah! XD

::FAIZ FARISH:: said...

mcm best

cik nur said...

nama perlakon utama sakinah sama dgn nama saya weee :)

nn said...

adik ogy ahmad daud tu memang terbaik lakonan dia. dah lah mata galak cantik sangat! cara dia cakap dialog pun sangat selamba and natural. walaupun she's the antagonist in this series, dia likeable :D

Post a Comment