Sunday, January 8, 2012

Apa yang lelaki fikir selain sex?!

Ada satu buku yang diterbitkan tahun lepas yang membincangkan apa yang lelaki fikirkan selain sex or in English edikesyieenn nya what every man thinks about apart from sex.

Dan kandungan di dalam buku ni kononnya menunjukkan apa yang lelaki mahu dan fikirkan selain memenuhi nafsu syahwat.. Iaitu... Nan hado... Takdo... Zero... Yilek... Biar benor...

Guys and ladies, betol ke dakwaan beliau? Nak tahu apa yang lelaki fikir selain sex? Haaa wait for the next entry. Tunggu entri yang menyusul ya...

Thursday, January 5, 2012

Dulu dan Sekarang

Tak, Buck bukan nak cerita atau tunjuk gambar Nur Amalina Che Bakri dulu dan sekarang. Buck nak tunjuk diri sendiri masa dulu dan sekarang.

Dulu - 2008


Buck dulu:
-Bukan pelajar cemerlang
-Tak pakai tudung
-Bukan pengawas sekolah ataupun Universiti (ade eh pengawas universiti?)
-Gaya tak seksi tapi seksa
-Legam kemain
-Suka style and music emo
-Tak suci tak murni
-Hanyalah pelajar Uitm yang suka ponteng kelas namun tak pernah fail paper
-Suka melawan lecturers
-Dahulukan tulis artikel untuk magazines instead of essay untuk degree
-Makan gelojoh
-Poyo tapi ramah tamah (perasan)
-Bawak scooter Ego lepas hilang bawak Kancil biru (16 kali eksiden)
-Tak sabar nak habis study



Sekarang - 2012




Buck sekarang:
-Bukan pekerja kesayangan boss
-Masih tak pakai tudung (awww)
-Bukan pengawal pejabat
-Gaya kurang seksa tapi cuba jadi seksi tapi rasanya kena pindah London dulu
-Dua tona lebih cerah
-Lupa pasal genre emo tuh dah
-Suka melawan supervisors and superiors
-Continue ketidaksucian diri
-Dahulukan artikel daripada lunch
-Masih gelojoh makan
-Bertambah poyo dan kurang ramah. Yelah ramah-ramah nanti orang ingat kita nak ngorat dia
-Bawak.... bawak diri
-Lega dah habis study!

 Kan dah cakap, bukan pasal Nur Amalina Che Bakri, korang still baca jugak. Tak sensasi kan? haha

Tuesday, January 3, 2012

Tweet Tweet

Hi all. How's New Year so far?
Apa Resolusi baru untuk tahun 2011? apa? takde? takpe, tak guna pun ada kalau tak penuhi apatah lagi tak cuba langsung.

Buck takde azam jugak tahun baru ni... Buck cuma go with the flow without putting aside my responsibilities. With that, Insyallah...

Kalau korang ada azam, share lah. Nak tahu jugak.

Anyways, Buck sekarang bukan main aktif ber-twitter. Macam macam Buck twit. Tapi bukan lah kemaruk twit sampai timeline tu muka Buck je membebel-bebel, what I can say, my twits worth the reading.. cewah... Jom ber-twitter ngan Buck di @iambasyar

Banner promote (promote katanya) my twitter nih baru Buck wat malam tadi. Ok tak? Boleh la eh keje amatur ni. Dan of coz banner tu akan diletak di tepi blog nih. Oklah, jangan lupa follow! Until then!