Thursday, March 31, 2011

Ingat Lagi Tak? Edisi 1

Hello everybadeehhh... and every bedaahhh... (yeah, i know..lame). Tadi masa baca newspaper ade nampak gambar budak2 main congkak. So teringat plak Buck pada zaman kecik-kecik buck... zaman makan scott emulsion.. dengan muka comel tapi legam, Buck ngan kawan masa zaman ceria riang dulu suka wat macam-macam aktiviti dan suka sangat layan macam-macam mainan. Kali ni Buck nak ajak korang mengimbas semula mainan-mainan yang popular untuk 1985-1989 babies, di zaman ribena kitorang yang comel dan innocent (ke?).... antara mainan yang best adalah


  Buck and geng masa tu suka main saidina..inilah permainan yg paling intelektual untuk kitorang..haha


    Lastik... macam-macam kitorang lastik... dari burung smpai la kepala kawan sendiri

                                                     Pistol air..paling meriah lah!



              Masa kecik Buck melalak2 nak water gun dari Ibu Buck..dapat gak akhirnya



         Main baling selipar..haaa...ni best..merembat org pakai selipar busuk penuh bakteria



Batu! Ini lagi best..mainan multipurpose..... dari penanda tiang gol smpai la main suka hati baling kat member yg kita tak puas hati.... pastu lari...



   Mainan yang best tapi paling kuajjjaa.. Mainkan nama mak orang lain.... melampau tapi kelakau...






Haa.. tu lah antara mainan yang popular masa zaman Buck kecik. Seronok dan very physical... kelakar bila diingatkan balik...tak mcm budak budak sekarang ni...dak sekarang tau pakai lastik time main game angrybird je... kalo suruh pegang lastik..try buaatt.. pengka tangan tu... haha... korang lak camna masa zaman kanak-kanak ribena?

Tuesday, March 29, 2011

Oh, I Need a Vacation

Monday blues transformed itself  into Tuesday blues... Oh, how i really need a vacation... dari bulan January haritu lagi Buck teringin dan nak sangat pergi bercuti... Work, most of the time has been so overwhelming... bila tengok watak Carrie Bradshaw pergi bercuti, keinginan Buck ni makin meluap-luap dan bertambah kemaruk. Kalau nak pergi bercuti untuk release tension, Buck suka pergi pantai atau pulau. Jauh dari kebisingan, kesibukan dan the sticky and dusty City. Dah plan dah ni nak pergi Pulau Redang dalam bulan May, June atau July...


Pantai di Pulau Redang... hurmmm... so serene
                                         


Kalo tak ke Redang... maybe pergi kat pulau lain kot...




Langkawi macam best gak tapi ramai orang sangat kot
                                    


Atau mungkin Tioman... maybe not too crowded
                                        
Tapi kalau ada wet lebih, nak chill dekat pulau antarabangsa macam dekat...



Pulau Phuket  macam ok
                                            

Mauritius Island... in Indian Ocean...
                                            

Or maybe Maldives... the heaven on earth
                                         

Seronok kalau dapat pergi bercuti dalam masa terdekat... tapi kekangan masa dan ehem...bajet... haha
Ada sesapa nak join Buck and friends? Jom..lagi ramai lagi seronok...

Monday, March 28, 2011

Gadisku... Olivia Palermo

Hi semua. How's your Monday? Kinda sucks? Or was it superb? Mine is not so good... as usual...Monday blues + blur...

Tadi tiba-tiba buck teringat seorang wanita yang pernah bertakhta di hati dan mata buck…nama gadis bertuah tu Olivia Palermo... Cewah, takde la, kali ni Buck nak share ngan korang pasal sorang socialite yang sangat bergaya dan agak popular... meh kenal siapakah geranganya, Olivia Palermo.

 The Olivia Palermo

Olivia yang agak sebaya dengan Buck ni adalah anak bangsawan New York. Being a New Yorker, she loves fashion and enjoys flaunting her great sense of style. Dia juga merupakan salah seorang bintang dalam reality TV show, The City. Si sosialit, pelakon, dan model ni punya muka sweet dan baby face. Some said that she even looks angelic... walaupun muka nampak baik, tetapi Olivia dilihat seperti seorang yang sedikit angkuh (bitchy) dalam siri The City. Tapi, Olivia jawab kat press, yang dia disalahertikan dan siri tu sengaja diedit untuk menampkan dia gadis poyo... hurmmm...mana satu nak caya ni... Oh ya, Olivia juga dah tambah satu kerjaya lagi dalam portfolio dia, iaitu usahawan aksesori...


Inilah dia si cantik Olivia Palermo
                                            


Gaya Olivia Yang Cantik

Buck leh katakan, gaya Olivia adalah sophisticated, chic dan boho. Dia sukakan gaya yang ayu, mewah dan tidak terlalu seksi. Olivia suka nampak "mahal" walaupun kadang-kadang barang yang dia pakai tu takde la mahal sangat sebab ada masanya dia pakai Topshop atau Zara je. Walaupun dia sering bergaya ayu lah kan, tapi dia tak girlish sangat. Olivia kadang kala suka masukan elemen maskulin dalam gaya ayu dia tu. One obvious thing about her style is she loves to wear accessories and jewelleries... itu trademark Olivia Palermo! walaupun kecil molek tak macam omputeh yang lain, dia tetap berani bergaya. Jom tengok gaya Olivia Palermo...




Gaya casual Olivia pergi jalan kat street
                               
Pretty elite girl in flowy dress
                                                   

Sofistikasi cara Olivia
                                                   


Olivia suka warna yang suram tapi tetap menarik
                                  

Olivia shows you the way to pump color into your dressing
                       

Hurmmm...sampai hati Olivia memilih boifren dia ni daripada Buck...hehe
              
Dapat perhatikan Olivia suka pakai jaket atau blazer di luar dress2 dia yang cantik tu? Ha, itulah stail dia yang outstanding dan diminati ramai. So, macam mana? Gaya Olivia ni kasi korang inspirasi tak? Hope you guys enjoy looking at Olivia and her classy style as I do. Hurmmm...malam ni tido Buck mimpi Olivia lah...

Sunday, March 27, 2011

Food that I crave for

Hi,  guys. Hari ni (Ahad) agak seronok bagi Buck. Keseronokan yang melanda ini berpunca daripada perutku yang bahagia. Perut bahagia hari ni sebab dapat makanan yang best. Perut gembira, Buck pun tumpang gembira. Cerita begini, Dari pagi sampai lewat petang tadi Buck lepak umah sepupu Buck di Puchong.  Today she cooked ayam masak lemak cili padi for me! Ha, ni la gambar hidangan yang telah pun selamat di jamah Buck and my beloved cousin…

 Ni la masak lemaknya. Telur dada oleh Buck. Sodap lak aih (sedapnya) :-p


 Food, and more food!
Speaking of food, I love food and I love to eat. Makan banyak-banyakpun takpe sebab berat badan Buck susah nak naik. Seronok tak seronok lah kan…
Okay, kat sini, Buck nak tunjuk makanan kegemaran Buck…

       Burger, the juicier the better!


     Lamb chop! arghh sedap



        Asam pedas melaka style..perrghh....

          Nasi goreng. mudah dan menyelerakan, kan, kan, kan?


           My all time favorite fruit! banana! Oolala


 Walaupun Buck suka pisang, tapi Buck takde kene mengena dgn spesis ni.. I have nothing to do with him... :-p



FYI, semua makanan Buck sebat! Dari western, masakan tempatan, Chinese food, semua boleh… yang penting HALALan Toyibban!

That’s all for now, stay tuned ya.





Saturday, March 26, 2011

Saying "Hello" from Blogspot

Hi all, terima kasih menjenguk sekejap ke blog ni... My name is Buck Syarh(mungkin nama sebenar) and this is my very first post in blogspot. I'm no new to posting stuff in blog as I have my blog in Myspace. Tapi blog kat situ mcm hidup segan mati tak mau... so, as I think I'll have quite amount of time for this, here I am...

Tentang Apa?
Mesti korang nak tau, apa yang Buck akan post dalam blog ni... well, I'm thinking of posting my thoughts, idea, fashion, food, trends and also my latest obsessions..... basically this blog would be a mirror of my life. It's gonna be my LIFE GENERALLY.

Ikut Orang?
Mungkin ada antara korang yang tersoal dalam benak fikiran tu bila tau Buck menulis dlm blogspot,"haishh ni lagi sorang nak tulis blog... common gila!" Untuk pengetahuan korang, Buck bukan mengikut trend ke apa, kalo Buck nak wat cmtu, dah lama dah, cuma Buck kali ni nak tambah satu medium lagi untuk Buck menulis. I'm not jumping on the bandwagon here, it's just... I love writing...I always enjoy it...

Setakat ni Buck ada menulis untuk beberapa majalah dan akhbar tempatan. So, Buck rasa ini boleh jadi satu lagi platform untuk diri ni menyampaikan idea dan pengalaman suka duka... kawan-kawan pun selalu tanya "taknak buat blog ke?" haa, ni la dia, jgn korang muak sudah...

Sebelum Buck chow,  nak kongsi sikit my latest obsessions....

  seluar chinos!

                                                                
black and white pictures

                                                           

OK guys, hope you guys can abide with me... nanti jenguk lagi ya