Waktu: 7pm ish
Tempat: Level 2, InterContinental Hotel KL (formerly known as Niko Hotel)
Setting: Waktu berbuka puasa
Acara: Jemputan berbuka puasa bersama Media dan tak berapa nak Media
Tarikh: 23 Ogos 2011
Babak 1
-------------------
Telah masuk waktu berbuka bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Di sebuah meja bulat berhampiran pentas, terdapat 3 wartawan termasuk aku yang terpaksa hadir mengisi jemputan dan dan 4 blogger tua yang excited.
Aku: Abang baru lepas sembahyang Maghrib ke?(tanya Buck kepada seorang lelaki yang beru duduk semula di tempatnya tanpa mengetahui mamat selekeh tu seorang blogger)
Blogger X: Errr... ye...
Aku: Oo, tu la saya dengar tadi macam ade cakap sembahyang berjemaah tapi dengar plak bila. Kat mana eh dorang sediakan tempat sembahyang?
Blogger X: Uurmm.. errr... kat atas, tingkat 1(sambil jari dia tunjuk arah atas) (Aku pelik sebab ni tingkat 2, dan kat tingkat 1 lobby dan lounge je ade)
Aku: Ooh, ok.
Blogger X: Korang dari mana?
Aku: Dari The Star (jawab bersama rakan wartawan lain)
Blogger X: Oo... so korang Barua Cina la ni eh. Haaa Barua Cina la ni... hehe kitorang Pekida, ni Perkasa hehe taklah kitorang blogger (jawab dengan agak bangga tapi macam pelahan-pelahan)
Aku: ..............!!!?? (terkejut dan agak bengang)
Babak 2
---------------------
Selepas blogger tadi mengambil makanan dengan banyak, dan duduk semula
Blogger X: So korang ni wartawan ke ape? wartawan eh?
Aku: ....... (diam taknak jawab selepas aku dan rakan-rakan lain pakat taknak bercakap ngan mamat tak berapa bijak tu:)
Blogger X: Korang wartawan ke? (si muka tak malu bertanya lagi)
Kawan wartawan: Ye!
Aku: Kitorang BARUA CHINA LA bro! BARUA CHINA!
Blogger X: Uurmm, jangan la terasa aku cakap tu bro, bukan aku je yang cakap, si polan bin si polan pun cakap.
Aku: ....... (Pandang muka si blogger mulut c*laka dengan tak puas hati.) K la Iwan, aku nak gi sembahyang, lagi tenang sikit dari tengok si mulut c*laka ni (bisik aku kat kawan sebelah aku)
Pastu aku keluar dari pintu grand hall terus nampak surau khas yang dibuat dekat junior hall sebelah grand hall je di level 2 jugak!.
Aku : Aitt, si celupar tu tadi cakap surau kat tingkat 1... hassshhh
_Tamat_
Itulah situasi dua babak yang menyirapkan darah aku. Kepala HOTAK dia cakap kitorang Barua Cina. Sepanjang aku keje dengan syarikat media bertauliah ni, sedikit pon dorang takde paksa kitorang wat ape-ape yang membaruakan diri kepada boss kitorang yang majoritinya berbangsa Cina tuh. In fact some of them lebih elok perangai dari blogger bermulut longkang berotak kambing.
Ikutkan hati,aku nak je tepekkan pinggan depan aku ni kat muka dia pastu sumbatkan cawan tinggi ni dalam mulut si blogger yang tak tau malu ni. Tapi nasib la aku ni malas nak amik port sangat sebab dah ade pengalaman dengan blogger yang lebih kurang bermulut celupar. Kalo tak... haishhhh hilang keprofessionalan aku di depan Menteri tadi.
Dah sedap-sedap mulut lancang tu main sebut je ape dia nak, boleh pulak suruh aku dan rakan wartawan lain jangan terasa dengan apa dia cakap tu.
Ni la masalah sesetengah blogger KERTU yang ingat dorang bagus sangat, sesuka hati mulut busuk dorang je nak cakap ape, bila ade peluang nak menulis kat internet yang haloba ni, lagi la bukan main mejadi-jadi. Dia ingat ape? Diorang boleh cakap suka-suka hati dorang macam dorang menulis kat blog?
Dia ingat aku muka cam budak-budak dan wartawan yang lain muda lagi dia boleh suka hati cakap ape dia nak? Ape hidup dia takde adab ke? kalau takde pun takyah la nak tunjuk depan public.
Kalau aku pergi kat Menteri tu, dan habaq mai sama beliau yang duduk semeja ngan bos aku tu, tak ke ko mungkin kena halau?
Nyatanya, yang nampak macam barua tu adalah kau,barua kepada kepincangan, emosi dan kebodohan sendiri. Dah la sembahyang kat Tingkat 1(sambil tangan menunjuk ke atas), sengal.
Tu yang kadang-kadang ade sesetengah wartawan yang tak suka bila ade blogger yang over bila dijemput ke majlis. Gayanya mengalahkan yang bertauliah. Takde etika.
Annoying macam ni la si blogger comot tu tadi |
Kawan-kawan blogger yang lain, janganlah kita jadi macam ni, bertenang lah kalau hadir ke majlis orang. Walau kita rasa hebat dengan beberapa ratus atau ribu "followers" yang kita ade (berbanding jutaan pembaca akhbar ataupun majalah) , jangan la kita bangga diri dan menunjuk-nunjuk diri tu blogger hebat dan pandai sangat walaupun tak sepandai mana.
OKlah, tamau gaduh-gaduh dan mengata-ngata orang lain, bulan puasa ni.
Yang penting, fikirkanlah ape yang kita cakap atau tulis, sebab kadang-kadang kita tak sedar satu jari tunjuk orang, empat jari tunjuk diri sendiri.