Macam tak percaya rasanya bila salah satu angan-angan Buck menjadi kenyataan. Bukan angan-angan apa pun, just selalu berangan nak pergi UK terutamanya bandar London.
Syukur sangat akhirnya Buck berpeluang pergi ke kota London tahun ini. London yang merupakan salah satu bandar metropolitan ternama di dunia ni memang seperti apa yang dianggap malah tak salah rasanya katakan ia lebih bagus dari apa yang selalu difikirkan sebelum ini.
Orangnya bagus dari segi bersosial, maksudnya agak mesra dan tidak tengok orang lain macam tak pernah tengok orang. Mungkin sebabkan mereka sudah biasa dengan pelbagai jenis rupa dan perangai manusia. Apa tidaknya, orang Inggeris ni sudah mengenali dunia luar sejak berabad lama dulu lagi.
Sistem pengangkutan sangatlah bagus dan menepati masa malah agak murah (ehem berbanding negara kita sekarang).
Memang seronoklah pendek kata. Malas nak bebel lagi, Buck share beberapa pics yang Buck ambil dari phone Samsung Note 3 yang buck pakai masa ke sana. Ade pic dalam dslr tapi nak kena carik mana tah simpan. In the meantime, Buck share yang ini dulu.
gadis comel di stesen tube/keretapi |
di stadium Chelsea |
ni stesen jenis lama, ada stesen baru yang sangatlah crisp designnya |
sejurus sampai di London |
my London look konon |
Kalau hendak tengok video Buck buat daripada rakaman di kota London just go to youtube dan search my channel JustBuck. Ada kat situ.
No comments:
Post a Comment