Tahun 2015 ni ada beberapa trend pelik yang jejantan yang suka berfesyen gayakan. buck suka gak berfesyen tapi tak mampu nak buat bergaya macam ni.
Beberapa trend ini memang lain daripada lain dan sememangnya pelik dilihat orang. tak tahulah yang gayakan ni nak publisiti je ke atau memang ni stail dorang suka. Tapi inilah dia yang Buck rasa gaya pelik lelaki untuk tahun 2015.
Weird men trends in 2015 are...
Weird men trends in 2015 are...
Rambut bersanggul
Kalau dulu rambut sanggul ekslusif untuk gaya wanita namun kini tidak lagi kerana ramai lelaki muda menggayakan sanggul dengan stail mereka sendiri. Dipanggil manbun, samurai hair atau topknot ia sangat popular dalam kalangan lelaki moden tidak kira latar belakang atau karier mereka. Biasanya rambut tepi dipotong pendek dan bahagian atas disimpan panjang supaya boleh diikat.
___________________________________________________________________________________________
Jambang berhias
Gaya berjambang memang sudah menjadi kebiasaan lelaki sekarang. Namun ada yang membawanya ke satu tahap lebih ekstrem dengan menghiasknnya dengan barangan yang memang tidak dijangka-jangka seperti manik, debu berkilat malah bunga-bungaan! memang pelik namun itulah yang digayakan mereka untuk memberi kelainan mereka dan membezakan jambang mereka dengan jambang jejaka lain.
____________________________________________________________________________________________
Rambut duyung
Apo tu rambut duyung? Rambut diwarnakan memang tidak pelik namun jika rambut diwarnakan dengan bermacan tona memanglah tersangat unik. Trend rambut warna warni ini mula dipopularkan oleh anak muda yang popular di laman sosial Tumbler. Ia dipanggil rambut duyung atau merman hair kerana seakan warna yang dibayangkan ada pada lagenda duyung. Malah ia tidakpun dipandang pelik dalam kalangan anak muda yang suka berfesyen.
___________________________________________________________________________________________
Baju tidur kartun
Pakaian waktu tidur yang banyak gambar kartun sudah menjadi kebiasaan untuk anak kecil. Namun banyak jenama fesyen terkenal menghasilkan baju gaya ini untuk diapakai orang dewasa mendapat sambutan anak muda dan menjadi trend popular. H&M dan Topman yang sangat sinonim dengan fesyen anak muda mendapat permintaan yang sangat tinggi untuk baju jenis ini. Peliknya adalah ia bukan dipakai untuk waktu tidur namun diapakai ke luar untuk berjalan-jalan dan menjadi "fashion statement" si pemakai.
Korang rasa trend ni pelik? Apa lagi trend pelik yang korang rasa jejantan stailo buat tahun 2015 ni?
2 comments:
letoopdan sensasi
ok fine
Post a Comment