Monday, October 17, 2011

Sehangat Kota Jakarta

Di belah kiri aku kereta dan motosikal berebut-rebut menuju ke destinasi masing-masing.

Di kanan pulak ada beberapa warga kota Jakarta sedang sibuk membuka gerai kecil mereka.

Di hadapan sedikit ada lelaki yang menolak gerai jualan buah potongnya.

Di belakang lelaki itu ada seorang makcik yang menjual bakso.

Begitulah sibuk dan sesaknya kota Jakarta seawal pukul 9 pagi waktu tempatan lagi.

Masing masing melakukan apa yang patut dan terdaya untuk mencari sesuap nasi atau sepotong temper. Haha

Kota ini memang sibuk dan bising. ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas dan sedikit berjerebu, aku seperti nak pulang semula ke bilik hotel dan memerap dengan iPad ni sambil nonton sinetron baru yang belum disiarkan di Malaysia.

Tapi di atas nama mengembara di negeri orang (cewah) aku gagahkan juga menerjah jalan-jalan di Jakarta.

Belum dapat memindahkan gambar dari dslr, aku share ngan korang semua pemandangan Jakarta yang sempat aku rakam dengan kamera telefon.

Yok lihat...

3 comments:

ABA said...

Happy Holiday Mr Buck ! :D Kalau rajin, beli cenderahati dekat ittew :p Haha, jk (: Take care of urself. Hee

Diya Edhayaa said...

next entry!! :)

Cik NY said...

seronoknye..... banyak dah tempat buck pegi.... mkin jauh perjalanan mkin byk pengalamankan....
bekerja sambil melancong dan bercuti... sesuatu yng menyeronokkan......

beli barang berkati-kati ,
dibawa dengan penuh hati-hati,
ble dah balik sini nanti ,
jgn lpe bg Cik NY cenderahati...

Post a Comment