Monday, October 3, 2011

Studio Real-Life Harry Potter

Rasanya hampir semua kat sini tahu filem Harry Potter kan? Boleh dikatakan kita membesar tengok filem Harry Potter.

Buck dapat tahu, syarikat filem gergasi, Warner Brothers Studio sedang mengusahakan satu taman tema atau studio besar yang bagi peluang dekat peminat filem tu dan orang ramai mengalami sendiri pengalaman seperti dalam filem magis tu.

Studio yang besar gila tu akan ada karakter, prop, kostum dan macam-macam lagi yang sebijik macam dalam filem! Bak kata omputeh, everything is real-life!

So pengunjung akan dapat tengok karakter seperti Harry, Harmione, Ron, Draco dan Prof Dumbledore pun sekali terbang-terbang atas kepala sambil  naik penyapu buruk (of coz terbang pakai tali)

Oklah, walaupun studionya tak siap lagi, jom usha gambar-gambar props yang tengah disiapkan.

Oh ya, taman tema ni dekat London, korang pergi lah nanti eh, jangan lupa bawak Buck!

salah satu watak sedang disiapkan



rupa pintu masuk studio yang dikatakan sangat besar bagak

Kereta yang korang leh naik

props yang besar macam betul betul! tak tipu punya

Labah-labah gergasi sedang "dijinakkan" untuk korang

lepas dah habis tour tempat tu, jangan lupa bawak makhluk ni balik kenalkan kat kawan-kawan


2 comments:

Hazwan Hashim said...

wow style laa...

suzialfredshin said...

wow..DHF harry potter, teringin mahu pergi :)

Post a Comment