Tuesday, April 26, 2011

I've Made It

Today my fellow StarTrackers and I celebrated our success in completing the 9-month training.

As I'm exhausted already, the pictures will do the talking...


































Every ending is a beginning and every beginning carries the seed of its own end. 
As a wise man once said. So it goes... 
 
 



Thanks Artoukgraphy. Great Work!

Tadi dapat kejutan dari kawan baik aku. Dia ni up-and-coming photographer. Dia watkan promo poster untuk blog aku nih. Jom tengok.


Waaah. Cun bro. you are really talented. Susun letak yang bagus. Nampaknya kena la belanja kawan aku nih makan kat tempat best sebab dah penat dia watkan untuk aku poster ni.


Korang suka poster tu? Nak tengok artwork dia yang lain? boleh la check out blog Artoukgraphy .


Artouk ni dia ade wat servis-servis photography dan editing.

Antara servis-servis dia:

Wedding photography
Fashion photography
Portrait/Family photography

Lokasi yang Artouk cover adalah Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan KL.

Takyah risau kalau nak servis mamat comel ni. Dia sangat humble dan sopan dalam wat kerja dia. So, korang yang berminat, takyah risau pasal nak kan service dia. Harga pun berpatutan dan boleh runding.

Monday, April 25, 2011

What a Douchebag ! Part 2

Olaa.

Dah check out kewujudan lelaki-lelaki yang sedetik lebih kepoyoannya ataupun dalam term modern, lelaki douchebag dalam entry yang INI?

Pada sapa yang tak dapat nak faham dan identify lelaki douchebag nih, leh la tengok video bawah ni. Pada sapa yang dah faham pasal mamat mamat nih, tahniah dan boleh rujuk video bawah ni untuk meningkatkan ilmu alam dalam pengenalpastian douchebags nih (ape aku merepek ni)

Mari tengok. Kemualan adalah di atas tanggungjawab sendiri.





Haha. Sengalkan? Video ni aku terjumpa dua hari lepas masa layan youtube. kahkah. It's funny and yet tells what is douchebag and its types in general.


Ladies, adakah boyfriend anda termasuk salah satu dari kelompok ini? Or dudes, are you one of them? haha. Scan lah ya. (Cakap orang pandai, entah entah aku sendiri yang ade ciri-ciri gak kekadang. Touch wood!)

Sunday, April 24, 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa

Hari ni aku duk umah je. Dah hujung bulan kan, so wallet pun semakin menipis, duduk rumah diam-diam je la. hehe. Ya, aku pokai. Aku bukan anak Tan Sri.

Dah nak duduk rumah je arini, pastu layan TV je la. Tangan menekan-nekan remote TV mencari rancangan yang nak dilayankan. Tertengok plak ade seorang penyanyi dolu2 nyanyi lagu Tiada Kata Secantik Bahasa. Perhati punya perhati, rupanya penyanyi tu sebenarnya Saloma. Ya, Saloma isteri P Ramlee tu. Korang kenal tak? haisshh, tu la budak-budak muda sekarang tak kenal legend dulu-dulu. Damn, I sound like an uncle.

Best lagu ni. Lagu ni sekarang dinyanyikan semula oleh MonoloQue. Alah, yang dulu vocalist Butterfingers tu, dia kan da ade kumpulan baru. MonoloQue la namanya.

Sebelum ni memang suka layan lagu ni. Baru aku tau, ini rupanya lagu Saloma. Kedua-dua versi sedap. Lepas abis nenek Saloma nyanyi kat TV, aku pantas bukak Youtube nak layan lagu ni lagi dari Monoloque lak.


Ni lah lagunya versi baru dari MonoloQue




Aku suka lirik dan melodi lagu nih. MonoloQue has done a justice in recording and singing this song again. Congrats.

An Interview with MonoloQue

Speaking of MonoloQue, aku pernah interview band ni dalam salah satu assignment aku bersama paper mStar. MonoloQue dan Altimet yang rapper tu aku interview pasal dorang nak pergi wat gig kat United Kingdom dan Ireland.

Ni ha keratan artikelnya

Kalo korang nak baca laporan penuh dari aku, silalah klik SINI

Adoi, kan dah kantoi nama sebenar aku. Ciss..  hurrmm takpelah, asalkan dapat share ngan korang.

Berbalik pada lagu Tiada Kata Secantik Bahasa dan Monoloque, dia ni sempoi gila. Sangat low profile dan berbakat besar. Masa sidang akhbar pasal mini concert tu, Monoloque performed live beb lagu nih, Memang best dia performed lagu ni secara live dan mulai haritu, aku memang minat ngan bakat Monoloque dan lagu ni sekali.

Tapi pas dia dah perform tu baru la aku interview dia kan. Time tu dia dah berpeluh-peluh dah, haha nasib si Monolque ni tak berbau. Haha nasib-nasib. Kalau tak ceritanya dah jadi lain plak, cita pasal artis berkumpulan berbau. Nasib tak berbau ko bro.

Tapi yang tak sedap tu, pas aku wat story and dah published, ade je pihak-pihak yang suka hati kepala dorang nak copy cerita and pics aku tu sekali untuk dorang letak kat dorang punya blog dan website. Panas plak hati aku nengok kan. Hoi! ade copyright la! Ada plak blogger yang blog dia popular pasal gossips dan hiburan ni suka-suka hati copy cita aku pasal gig ni pastu story kredit untuk website company aku kerja ni pun langsung takdak. Itu ke cara kau wat sampai blog kau tu popular gila weyh? Agak-agak la.  Tunggu je la kau nanti.



Cis malas emo, jom layan lagu Tiada Kata Secantik Bahasa ni. Menenangkan dan leh dapat good mood sikit kan. Pastu sambil teringat-ingat seseorang. Cewah. Until the next entry guys....

Saturday, April 23, 2011

My Article in EH! Magazine November 2010 Edition

So, I see some of you guys enjoyed watching and laughing at my silly faces and "randomness" . Yes, at times I'm that crazy.but i still have my sanity. hehe.

I promised to show other articles of mine that got published in EH! magazine in this entry.

Artikel tulisan aku pada masa ni kuar kat EH! edisi November 2010. Baru update sekarang sebab masa tu tak mula blogging lagi.

Dalam artikel tu, aku menulis dan memberi pendapat dan pengalaman tentang topik yang panas-hati untuk kaum perempuan. Iaitu isu KECURANGAN kaum wanita sendiri. Asik cerita pasal lelaki je yang curang kan? Meh sini aku cita pasal perempuan-perempuan yang selingkuh pulak.


Ni lah cover edisi tu. Cover girls, Yuna, Liana Jasmay, Juilana Evans dan Scha.

Siapa lagi cun?


Nukilan ku. cewah
The Article

Mungkin kebanyakan korang tak baca lagi atau terlepas baca edisi ni sebab dah lama kan. Okayh, no worries. Kat sini aku akan extract dan highlight kan sedikit isi kandungan artikel aku ni. Ape la yang aku bebelkan ya. Ha, mari tengok...

Pembuka bicara (cewah):



" Membaca ruangan luahan rasa di dalam akhbar Inggeris utama negara hujung minggu lalu, menguatkan lagi pendapat saya tentang satu isu ini. Isu apa? Isu wanita curang.  Mesti ramai wanita yang tak senang duduk dan skeptikal membaca isu yang dibangkitakan saya ini. Bukan mahu mengusik atau mahu menghentam kaum wanita. I have nothing against this gracious creature. Tetapi tak salah jika saya mencuit sedikit kan? "

Ekstrak isi :
 
" Kes kedua pula berlaku di pejabat sepupu saya yang berkerja di sebuah bank terkemuka. Dia mengadu selalu ternampak kecurangan bos perempuanya pada waktu makan tengah hari. Sudah bersuami dan anak-anak pula comel belaka. Tetapi masih lagi mahu ‘makan luar’.  Dengan teman sepejabat pula. Sorok bagaimananupun, orang lain tetap dapat menghidunya. Masakan tidak, tiba di pejabat bersama, makan tengah hari selalu berdua sahaja dan sampai balik pun bersama – sama. "

Penutup bicara :


" ... wanita curang di paparkan sekarang ini, kaum lelaki juga boleh mengatakan wanita semua itu sama sahaja. Saya tak mahu berkata begitu kerana saya percaya setiap wanita itu unik dan sedikit sebanyak mempunyai kesucian dalam hatinya. Furthermore, I do believe that women are wiser when it comes to an ultimate relationship. Setuju dengan saya? "


 Itulah yang boleh dikongsikan kat sini. Kalau korang berminat nak baca artikel yang penuh, carilah lah edisi ni. haha . takda makna la korang nak cari kan...hehe

Rasional Artikel Ini

Kenapa aku tulis pasal isu ni? salah satu sebab dah dinyatakan dalam artikel. Dan salah satu sebab utama, aku nak beri pandangan yang adil tentang isu CURANG nih. Hidup kena berlaku adil dan hak, betol tak? hehe. artikel Eh lagi satu dalam entry lain ya...


Thanks for stopping by!

Friday, April 22, 2011

Kesewelan Seorang Buck

Bosan lak hari ni kat ofis. Ade keje, tapi nanti2 la aku buat. Keje senang je.

Okay, bosan nih. Hari terakhir aku kat department nih... Pasni bermaustatin lah aku di editorial secara tetap. Woohooo!

Line DiGi kene barred. Ade aku kesah? tak kesah. Bulan depan aku bayo! muahahaha

Mari tengok aku menggilakan diri kat ofis di hari jumaat yang mulia ini.. Tak hingin nak tengok? Ala... tengok la. tak sampai 2 minit pun tengok. (err, tercarik attention plak aku. Tapi taklah tahap douchebag ya...)


comel ke macam monyet ke?

bluekkkk

bosan tahap gaban

ngeenngggggg bawak ferrari. kau hado?



Okay, over kan aku kat ofis? aku excited nih. Training aku yang berbulan bulan dah habis... pasni leh lah aku menjadi seorang journalist yang bertauliah dan ting tong dalam masa yang sama.

Nak tengok kehidupan  dan pendapat seorang wartawan yang tingtong lagi sewel? Stay tuned...

Thursday, April 21, 2011

Justin Bieber attacks KL !

Siapa kat sini tak pernah dengar pasal Justin Bieber sila pergi KLCC dan terjun dari tingkat 32.

Seperti yang diketahui ramai penduduk dunia, Justin Bieber tengah buat World Tour. Dan malam ni (21 April 2011) si budak kecik alololo tomey2 ni akan menghiburkan peminat peminat dia kat sini.

Amboi, Bieber datang Malaysia ngan ex aku, Selena Gomez ya.. Sampai hati you Selena saje je sakitkan hati I datang ngan Bieber. *berangan*

Ha ni gambar ekslusif ketibaan Justin Bieber dan Selena Gomez yang susah korang nak dapatkan kat tempat lain okeh. kau hado?



Justin Bieber and Selena Gomez arrived at KLIA

Selena, you can never hide from me... ;-p


Bieber menyerang
Seronok tengok pic ekslusif? Orang media je tau leh ade..hahaha jangan jeles.

So, mulai petang ni sampai tengah malam nanti, takyah menggatal nak pergi jalan Stadium Merdeka. Sah2 peminat2 si Justin ni tengah meroyan kat sana. kalau nak join meroyan sama, boleh la pergi.

Untuk info lebih lanjut tentang konsert Bieber kat sini, check out this website.

Natural Man

Let's Go Natural

I know it's a colorful season now. But you dont want to look parade-ish all the time. So boys, let's adopt natural colors in our looks.

Tips to pull up the trendy natural looks *According to Buck* :

1) Go for fresh and natural pallettes like greens, blues, browns and creams.

2) You can inject bright colors but only on accessories. No fluorescent colors, please.

3) Make sure your hair is not too messy to avoid grimsy look.

4) It's better if you wear a blue garment with this look. It brings together the whole appearance.


The paradigms


Some ways to pull the natural style


The additional touches


straw hat

beanie!

Shades in same pallette


What do you think? Are you sophisticated enough to go for this look? Guys, we should give it a try and let's see how stylish and fresh we can look and girls, share these tips and style with your guy.

Wednesday, April 20, 2011

What a Douchebag ! Part 1

Haritu aku ada post entry pasal cougars. Apa macam dah scan dah lecturers atau Lady Boss korang sama ada diorang cougars ke tak? Yang lelaki, jangan ambil kesempatan lak. Haha

Kali ni meh kita ambil tahu apa itu douchebag. Ha yang ni memang kena tahu sebab dah jadi fenomena.

Sebelum tu mari kita belajar mcm mana nak sebut douchebag. sebutanya : duuush .beg senang je kan?

Douchebag

Apa tu douchebag? beg selendang kah?  beg sekolah kah? Bukaan..Bukaan.. Maksud sebenar douchebag ni, cam tak sesuai aku nak explain kat blog aku nih. Sesiapa yang curious tu boleh la klik sini. kegelian adalah di atas tanggungjawab sendiri.

Tapi entry ni bukan nak cita pasal benda alah tu. eeuuuwww... Nak cita pasal pengertian douchebag yang lagi satu lah. According to Buck UrbanDictionary.com a DOUCHEBAG is:
An individual who has an over-inflated sense of self worth, compounded by a low level of intellegence, behaving ridiculously in front of other people with no sense of how moronic he appears.

In other words la kan, a douchebag is an arrogant, moron and superficial guy who we saw quite often nowadays.

According to Buck - Ciri - ciri umum seorang Douchebag

- Bajet hensem, macho mahupun kacak walaupun muka sebenarnya macam mesin bancuh simen

- Rambut tu macam diletakkan gel/wax satu dozen. Mungkin dapat sponsorship dari Gatsby ataupun Loreal

- Selalu pakai baju sendat sendat walaupun badan cam watak Teletubbies.

- Rambut tak sesuai usia. Umur dah 28 rambut macam penyayi pop Korea. kau ingat kau jambu?

- Berlatih senyum atau gelak depan cermin sebelum keluar rumah.

- Pergi mall atau public places pakai singlet ketat untuk tunjuk otot hasil pergi gym atau makan steroid

- Suka cari perhatian kat mana- mana dorang pergi, absolutely an attention seeker

- His face screams "LOOK AT ME, LOOK AT ME!" even when he stops talking

- Kalau kawan dia cita pasal game bola malam tadi, dia plak nyampuk cita pasal dia main bola wakil daerah masa sekolah dulu. Ada diorang kesah?

- Ada tiga handphones. Satu handphone satu awek.

- Buat bunyi2 macam cencorot/tikus kalo nampak awek cun beberapa meter dari beliau

- Call awek setiap 5 jam tapi call mak 5 bulan sekali... apa punya anak da.

- Kalau pompuan saiz xl dan ke atas lalu depan dia, mulalah dia ngan kawan-kawan dia kutuk. Ada tu selamba je tanya kuat2 "Tak tau ke diet tu ape??"

- Tiap minggu tak missed pergi clubbing. Sampai bouncer kelab pun mintak dia je ganti tempat bouncer tu.

- Takde masalah menunjukan kekayaan keluarga pada kawan lain yang tak sekaya dia. Such a spoil brat!

- Bawak kereta laju nak mampus macam bapak dia punya jalan. Kalo mmg bapak dia punya jalan pun   bapak dia hangin nengok.

- Umor baru 16 tapi nak belagak macam 29. Cacat eh?

- Jalan berhenjut-henjut macam gangster tapi kalo terserempak anjing dia yang lari dulu.

- Motto hidupnya mungkin berbunyi begini  " I'm one HOT guy, so just watch and listen to me."


Haa, itulah separuh perangai2 seorang douchebag *According to Buck*

Mari kita teropong bagaimana agaknya contoh imej seorang yang bergelar douchebag :







gambar sebagai hiasan ya

gambar ni pun hiasan
sama la ni pun hiasan gak kot


Cuba korang lepak kat memana mesti ade nampak mamat yang banyak ciri2 dia atas. Mungkin juga dak kelas korang seorang douchebag atau mungkin rakan sekerja. Kalau ada, buat tak tahu je, tapi dalam hati gelakkan "hahahahahah douchebag la kau...."

Tuesday, April 19, 2011

Hey Every Woman

Woman! Woman! Woman! Let's talk about women. Kalau nak bercakap pasal perempuan a.k.a wanita ni, memang 452 hari (randomly picked) pun tak habis!

Wanita ni ada pelbagai kategori dan jenis.Ada wanita yang baik, ada jugak yang tak baik.

Ada wanita yang bersusah payah bergadai nyawa, membanting tulang, berendam air mata (terlebih sudah) dan berkorban apa saja untuk kita. Wanita ini adalah ibu, emak umi, mama kita. The one who loves us unconditionally no matter who we are or what we have become.



Ada wanita yang cun kat mata kita walaupun tak cun kat mata jiran sebelah rumah kita. Yang sayang kita seadanya yang kalau perempuan ni kentut pun korang cakap bau perfume Be Delicious by DKNY. Ha, yang ni namanya girlfriend, awek, cewek, ayunk korang. A woman who promised to love you wholeheartedly.





auummmm

gambar sekadar hiasan huhu


Ada jugak wanita yang suka dibonceng sana sini, menggedik tak tentu pasal, tengok perempuan lain macam nak telan, ponteng sekolah pergi layan jantan kat snooker centre. ni namanya gadis bohsia, cikaro ataupun perempuan sangap. ape kejadahnya... golongan ni lah yang harus kita kaum adam jauhi dan jangan dibuat bini.

Boh... ho ho


 Ni bukan entry mengipas atau menghina kaum perempuan. hanya sebagai coretan tentang makhluk tuhan yang indah ini. Until the next entry...

Monday, April 18, 2011

Entry Keji Dari Bloggers Keji

Dah hampir sebulan aku berblogging. Macam macam entry aku wat dan pelbagai kerenah manusia dalam blog masing masing aku tengok.

Ade blog yang meriah, ade yang comel, yang berinformasi pun ada. Tapi ade jugak blogger yang wat entry perli2 orang lain dan kutuk blogger lain. Ni ape kes? ko nak menulis di blog untuk tunjuk perangai syaiton atau jin kafir ko ke? wat la entry yang membina skit. kalo takde ape yang membina dr pala otak ko pun, takyah lah nak membina reputasi ko sebagai blogger bermulut celupar dan berhati busuk.

Kalau kau PM atau comment entry seseorang blogger tu tapi dia tak balas lagi, takyah la wat satu entry khas nak menjatuhkan blogger tu. ko kena la faham sikit, mungkin blogger tu sibuk ngan kerja opis dia, maybe mak dia suruh dia tumbuk sambal belacan 4 kilo ke sbb nak wat kenduri doa selamat atau mungkin dia tak tau ape nak reply kat kau yang curious tuh. Takyah lah nak meroyan. Relax2 sudah...


Ni ada lagi satu tabiat blogger yang punyai hasad dengki tahap 8.9 skala ritcher. Kalau blog orang lain popular dan dapat perhatian yang va va voooom takyah lah nak dengki2 jeles macam watak jahat dalam sinetron indon. Korang bayangkan, sambil ko wat entry keji tu, orang pandang ko zoom2 banyak kali kat muka ko yang berekspresi jahat tuh. kalau kau tgok sendiri pun ko nak penyepak diri sendiri 62 kali (mungkin lebih).


Agaknyamcm ni la muka blogger keji tgh fikir idea nak wat entry jatuhkan orang

Okayhlah, harap aku pun tak terkena tempias keji mengeji ni. Entry ni bukan entry mengeji atau menjatuhkan eh. Just entry mengutuk blogger yang jahat hatinya kepada blogger lain.  Takyah lah nak dapatkan jumlah UV yang banyak pakai teknik tu. Keji dowh.

Ingat sikit, entry keji ko tu menunjukan sapa diri dan hati ko sebenar. Fikir2 kan lah